Saturday, 19 February 2011

#Theory 12 ( Merokok )

Dunhill, Marlboro, Winston, Pall Mall, Salem, Lucky Strike, Kent. itulah jenama2 rokok yg terkenal pade zaman skarg. seperti yg kite tahu, rokok ni mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti cancer paru2, lelah, dan mcm2 sebab dalam rokok ni ade lebih 4000 racun merbahaya. persoalannya, org dah tau kenapa rokok ni bahaya, kenapa org masih menbeli dan menghisapnye?? mari dengar crite aku

pade pendapat aku, rokok ni ibarat virus yg merebak. rokok ni bermula daripade seorang dan terus merebak dan merebak kepada org lain. aku pon pelik mcm mana org yg 1st skali mencipta rokok. mcm mana die boleh try bende bodoh tu dan mencipta rokok yg membahakan kesihatan. okay smbung balik. org yg merokok ni bermula dari pengaruh orang. n seseorang die xkn isap rokok kalau xde org yg merokok di sekeliling org. xkn la tibe2 nk cube rokok kn. mesti berpunca daripada kawan sebab pengaruh yg paling besar ialah pengaruh kawan. seseorang yg 1st time die isap rokok ialah di hahapan kawan deorg yg juga perokok. x gitu?

seterusnya, org yg merokok yg mule2 ingin mecuba ni disebabkan ingin kelihatan lebih macho dan bergaya serta digeruni. maklum lah deorg ingt nampak samseng la hisap rokok ni. daripada dengan niat ingin mencuba tapi akhirnya lame2 jadi ketagih. anda tahu kenapa? sebab dalam rokok ni ade nikotin yg boleh menyebabkan org ketagihan merokok. die xkn rase tenang kalau sehari x merokok bagi seorang perokok tegar. lama kelamaan, ketagihan ini dibawa2 hingga lah menjadi seorang perokok tegar.

then, rokok ni sedap sebenarnye, kalau lepas makan pastu hisap rokok, fuyyyoooh memg best. org hisap rokok sebab rase mcm panas dalam dada mereka dah bile hembus asap tu mcm ade satu rase yg best. *korang jgn try pulak* kalau aku lihat, selalunye org hisap rokok selepas makan. selain itu, org hisap rokok jugak sebab boring. apabila boring contohnye boring tunggu bus, die akan mencucuh rokok sebab nak bagi hilang rase boring. nest, rokok juga menjadi peransang dalam menimbulkan idea. sebab ape, sebab mase isap rokok, kita akan melayan asap tu dan berfikir jauh lebih drpada berfikir secara biase. sebab itulah rmai businessman menghisap rokok ketika sedang berbincang sebab nak mendatangkan ilham.

selain itu, rokok juga mampu mengurangkan stress. apabile kite hisap rokok ketika sedang resah, kite akan rase mcm khayal dan pening2 dan automatik menhilangkan perasaan resah itu. sebab itu ramai yg hisap rokok apabile die tertekan dan stress.

so konklusinye, rokok ni bermula daripada pengaruh kawan dan atas kite jugak sebenarnye. kalau kawan2 kite x merokok, nescaya kita xkan merokok juga. berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan berbau wangi. berkawan dengan penimpa besi, kite akan berbau besi. so kepada yg bukan perokok, jauhi lah rokok sebab sebenarnye perokok pon nk berhenti jugak menghisap rokok ni. dah kepada perokok, cepat2 lah kurangkan dan cube berhenti. sekian.

1 comment:

  1. akan tetapi...perokok yg berhenti merokok juga ada kesan negatifnya..ade sorang yg aq kenal lepas berhenti isap rokok paras kolestrol die trus naek..renung2kan..selamat beramal..

    ReplyDelete