Saturday, 19 February 2011

#Theory 13 ( Perangai paling bahaya )

panas baran, sensitive, sombong, pendendam, pembawa masalah, dengki, dan tamak. itu adalah sikap2 yang paling buruk dan dibenci ramai. tapi apakah sikap yang paling buruk dalam dunia ni. haaa, pada pendapat aku, aku rase aku tahu ape sikap yang paling buruk atas dunia ni. aku fikir sikap ni sangat teruk kerana sikap ini yang melahirkan semua sikap2 buruk yg lain. mari dengar theory aku. xtau btol ke x. huhu.

sikap yang paling buruk atas dunia ialah ego. ego ni mcm meletakkan diri di termpat teratas, susah mengaku kalah dan membawah kan orang lain. maksud dalam kamus ialah persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. dalam erti kata lain penting diri sendiri. haa, nak tau kenapa aku anggap ego ni sikap paling buruk?

pade pendapat aku, org ego ni susah nak meminta maaf. die susah nak memaafkan seseorang. contohnye Si Abu telah tersepak Ali dan buat bodo je disebabkan egonya yang tinggi. ini contoh ego yang mampu mengundang perasaan panas baran kepada orang lain. selain itu, contohnye Ali tersepak kaki si Abu dan meminta maaf, tetapi disebabkan sikap ego si Abu, die enggan memaafkan Ali dan memarahi Ali. dengan ini, satu perasaan panas baran telah timbul disebabkan ego.

 selain itu, ego jugak mengundang kepade sikap sensitive. die mudah terase sebab ego nya terlalu tinggi. die tidak boleh org menyakiti nye dan mudah terase sebab die xboleh org cube menjatuhkan die. contohnye Mimi mudah terase apabile Amin cube ingin bergurau dengan Mimi dengan memerli Mimi dan perlian yg tidak menyakitkan hati. Tetapi Mimi cepat terasa dan memarahi Amin kerana die tidak boleh org menjatuhkkan die.

seterusnye, ego juga sifat bagi2 org yg sombong. seperti yg kite tahu, org ego biasenye meletakkan dirinye di atas sekali. die menganggap org lain tidak penting baginya. die sombong kerana die rase dirinya begitu bagus. dan kalau sesetengah org kaya, die tidak boleh berada di tempat2 yg buruk dan situasi yg baginy
a dianggap miskin disebabkan oleh sikap egonye. maka dengan itu, lahirlah sikap sombong. hahaha

next, orang yg ego selalunye pendendam. hal ini berlaku sebab org ego sukar memaafkan. die kalau boleh nk membalas dendam lebih teruk pada org yg menyakitinya. ini disebabkan die tidak boleh org lain menjatuhkannya dan ingin mengembalikan balik maruahnya untuk diletak ditempat tertinggi, itulah ego. bahayakan, boleh menyebabkan seseorang jadi pendendam

orang ego juga org yg mudah dengki. die tidak boleh melihat org lain berjaya atau lebih pada dirinya sebab die menggagap die lah yang paling perfect. die susah nk ucap tahniah dengan ikhlas padahal dalam hati penuh dengan dendam disebabkan egonya. die kalau boleh, die xnk org lain atas pade die. itulah ego.

last skali, segala dosa2 yang berlaku atas seseorang di sebabkan oleh sikap egonya terhadap tuhan. die mengingkari perintah tuhan dan jika berbuat salah, die enggan memohon keampunan Allah. itu pendapat aku, harap2 tidak terpesong. InsyaAllah.

so secara umumnya, aku rase sikap ego ni lah paling bahaya sebab die yg melahirkan perasaan sukar memaafkan, panas baran, dengki, pendendam, sombong, sensitive dan mcm2 lagi. itu pendapat aku je. so kalau korang rase ade lg sikap yg paling buruk kongsi la ngan aku. okay chow.

No comments:

Post a Comment