Tuesday, 5 April 2011

#Theory 16 (Kejadian Ilmu Sihir)

Salam sejahtera. harini aku nak cerita pasal kenapa terjadinya Ilmu sihir. so aku tengah cuti panjang so aku kaji jugak pasal bende2 ni. jadi selepas aku kaji, aku rase kenapa ilmu sihir itu boleh berlaku. aku cume bagi pandangan sahaja atas pemikiran logik kita dan ilmu sains. sebab bg aku susah aku nak faham kalau ikut segi roh2 dan alam2 ghaib.

okay seperti yang kita tahu, kite mulakan dengan perkataan nothing impossible. untuk pengetahuan anda semua, semua benda kita boleh buat dengan menggunakan kuasa minda sahaja. sebab itulah kadang2 jika kita berada dalam kecemasan, macam2 boleh berlaku contohnya boleh melompat dengan jauh, boleh berlari dengan teramat laju, boleh mengangkat sesuatu yg amat berat. inilah yg kita panggil kuasa minda. apabila kita ada dalam titik focus yg tertentu, satu hormon akan dikeluarkan supaya memaksa tubuh kita membuat sesuatu di luar keupayaan manusia.

okay mari kita masuk kedalam topic kita. kenapa boleh terjadi ilmu ghaib. pada pendapat aku lah, ilmu ghaib ni datang drpd jin. jin memg wujud sejak dari dulu lg bersama kita. semua org tau pasal ni termasuklah para2 scientist. persoalannya, macam mana manusia boleh berhubung dengan jin? macam mana ini boleh berlaku? pade pendapat aku lah, ini semua akibat kuasa minda. kuasa minda mereka yg percaya mereka mampu menyeru dan berhubung dengan jin. bagaimana pula dengan ayat2 memuja dan alat2 yg digunakan. pd pendapat aku la, semua bende2 tu sekadar untuk meningkatkan keyakinan sahaja.

contohnya, jika kita tahu mcm mana nak buat soalan mathematik, kita tahu macammana care penyelesaiannya, kita yakin ianya akan betul, dan akhirnye, jawapan kita sangat lah betul. jadi kenapa boleh jadi betul? sebab kita tahu dan yakin dengan apa yg kita buat. begitu juga dengan mereka yg mengamalkan ilmu sihir. sentiasa mengamalkannya supaya tahap keyakinan mereka adalah yg tertinggi.

so itu sahaja pendapat aku, tapi aku tahu yg sebenarnye masih ade jawapan disebalik kejadian ilmu sihir. hanya Allah sahaja yg maha mengetahui.