Monday, 24 October 2011

#Theory 21 ( 5 tanda lelaki mula hilang kasih sayang kepada kekasihnya )

Salam sejahtera. theory aku pada malam ini ialah beberapa tanda2 lelaki yg sudah mula hilang kasih sayang kepada kekasihnya. setelah membuat beberapa kajian, aku telah dpt mengumpul beberapa theory tanda2 lelaki mula hilang kasih sayang nya. theory ini hanya pandangan sahaja.

1. Seseorang lelaki mula melayan perempuan lain lebih daripada biasa
contoh daripada pendapat no1 ni, si lelaki mula melayan perempuan2 lain dengan mesra dan rapat drpd biasa. kemesraan si lelaki dengan perempuan2 lain dapat dilihat dengan secara terbuka contohnya tengah lepak skali ke. jadi kemungkinan si lelaki sedang menuju ke arah curang kepada kekasihnya. tp aku rasa yg paling bahaya ialah apabila kemesraan lelaki tu nampak lebih kepada seseorg perempuan. mungkin boleh dikatogerikan sbgai scandal juga.

2. Seseorang lelaki mula tidak rasa cemburu
yg, perasaan cemburu sbnrnya sifat lelaki. kenapa sifat lelaki? sebab dalam islam, lelaki boleh kawin 4. maknanya si isteri x sepatutnya cemburu kerana suaminya melakukan sunnah dan penyebaran dakwah. apabila seseorg lelaki itu mula tidak cemburu dengan kekasihnya, contohnya kekasihnya sedang ber sms dengan lelaki lain, keluar lepak dengan lelaki lain, mungkin lelaki itu sudah kurg kasih sygnya dan ingin mencari perempuan lain. dia tidak hirau pon kekasihnya nak bermesra dengan lelaki sebab dlm kepala die sudah malas nak pikir and mungkin sudah ada terbayang wajah kekasih baru

3. Seseorang lelaki mula marah dalam tempoh yg panjang
memg marah tu selalu terjadi dalam satu hubungan. tetapi kalau marah itu berpanjangan, itu mungkin lelaki itu sudah tidak syg kepada kekasihnya. sebab bagi aku, aku x sanggup nak marah kekasih aku ( xde awek pon sebenarnya. haha ) lebih daripada 2 jam. sebab aku syg kt die x sanggup tngk die sedih aku marah die. kalau yg jenis keras kepala nak marah balik tu, mungkin akan menyebabkan kemarahan itu berpanjangan dan hilang kasih syg. jadi seseorg lelaki itu haruslah cuba untuk bersabar.

4. Seseorang lelaki mula ingin kahwin lewat atas alasan tertentu
ini contohnya, si lelaki pada asalnya ingin kawin pada umur 24, tapi bile dah smpai umur 22, die ckp nk kawin umur 30 pulak kat kekasihnya. jadi hal ini ada 2 kemungkinan myb sebab masalah ekonomi atau si lelaki belum bersedia kerana die tak tahu die syg ke tak kepada kekasihnya atau mungkin ada pilihan kedua. Tapi aku pon cakap kt future wife aku, aku nak kawin lewat. sebenarnya bukan aku nak kawin lewat, tapi aku ni ego dan nk bg nmpk macho x nk kawin awal. sebenarnya, kalau boleh aku nak kawin slalu, tapi ekonomi x mengizinkan. haha.

5. Seseorang lelaki mula menjauhkan diri daripada kekasihnya
aku rase semua org tau pasal ni jadi aku malas nak ulas. contoh2 lelaki nk menjauhkan diri ni contohnya msg x balas, call x angkat, kalau jumpe pon sekejap je, balas msg pon pendek2. jadi mungkin si lelaki ni sudah fade up dengan perangai kekasih atau sudah ada kekasih gelap.

jadi itu sahaja pandangan aku setelah lepak2 bersama kawan tanya deorg pasal ni. aku hanya tau bahagia lelaki sebab aku lelaki. pompuan x tau la. walaubagaimana pon, aku doakan semoga semua org bahagia. amin.

Saturday, 22 October 2011

#Theory 20 ( Kemana hilang wanita Solehah? )

Wanita solehah. wanita solehah ialah mereka yang taat kepasa Allah, Rasul dan suaminya. Seorang wanita solehah ialah mereka yg betol2 menjaga agamanya, auratnya, maruahnya, tingkah lakunya dan jauh dari melakukakan dosa. jadi masalahnya disini, ramai org ckp susah nak cari perempuan solehah ni. x ramai perempuan solehah atas muka bumi ni. dan macam2 lagi. tapi, aku ada 1 theory aku sendiri. theory aku ialah ya, masih ramai perempuan solehah di dunia ini, tapi anda tidak menyedari kewujudannya. nak tahu kenapa? meh aku nak ulas

"sebaik-baik wanita ialah wanita yang tidak memandang, di pandang dan tidak ingin dipandang" daripada ayat ni. semestinya org yg mengamalkan ayat ni ialah mereka yg solehah. mereka tak pernah mengejar cinta atau lelaki. mereka tidak berhias untuk dipandang oleh lelaki. dan mereka juga tidak ingin memandang lelaki atas dasar wajah seseorg lelaki yg tampan. jadi daripada ayat ni, aku kaji lah, sememangnya Allah menjaga pandangan para lelaki daripada melihat wanita2 solehah. itu yg pertama. Allah amat menyayangi hambanya yg taat. aku yakin Allah menjaga wanita2 solehah dengan mengaburi mata2 para lelaki yg suka memandang perempuan. ini kerana Allah ingin memelihara, melindungi dan memastikan wanita2 solelah sentiasa selamat dan jauh dari godaan lelaki yg berhati busuk.

jadi dengan ini. apabila wanita2 solehah ini tidak dipandang. jadi kita org lelaki pasti tidak akan memandang perempuan2 yg mcm ni. jadi mereka hanya memandang perempuan2 yg cantik2, seksi2, yg hot dan yg selalu bergaya untuk mendapat perhatian lelaki. oleh sebab itu, wanita solehah ni tidak termasuk pon dalam list lelaki. bila x masuk list, mula la org cakap x ramai perempuan solehah ni. tapi disebaliknya, mereka ada di hadapan kita tetapi kita tak pernah perasan terhadap mereka kerana mereka tidak dipandang oleh lelaki.

jadi itu lah pendapat aku kenapa org cakap x ramai perempuan solehah zaman sekarang. tapi ingt, lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat. jadi jika nak cari isteri Solehah untuk dijadikan isteri, soleh kan lah diri anda dahulu. sebab itu selalunya seorang ustaz berjaya mengahwini seorang wanita solehah. sekian, itu sahaja daripada aku. kalau salah cakap tolong bgtau


Thursday, 20 October 2011

#Theory 19 ( Malaysia dan hukum Hudud )


Hukum hudud. tahukah anda ape itu hukum hudud? kalau org islam mesti sudah tahu tentang hukum hudud ni. walaubagaimana pon, aku nak terangkan jugak pasal hukum hudud ni. Hukum hudud ni adalah hukum penjenayah Islam. hukum hudud ni peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. Jelas sekali, hukum hudud ni hukum Allah.

Hukum-hukum hudud:

(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang. maksudnya hukuman2 untuk penjenayah Islam ni tidak boleh di ubah sesuka hati. untuk maklumat lanjut, pergi ke laman web ni http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Jadi disini, kita negara Malaysia adalah negara Islam. agama rasmi negara ini adalah agama Islam. jadi semua org perlu menghormati agama rasmi negara sebagai tanda hormat bagi agama2 lain. Tapi kenapa kita tidak melaksanakan hukum hudud. sedangkan mejoriti org disini ialah org Islam. kenapa? aku ada beberapa pendapat mengenai isu ini.

pada pendapat aku la, kerajaan Malaysia hari ini tidak melaksanakan hukum hudud disebabkan pade mase dulu, kita tidak melaksanakan hukum hudud selepas membina negara ini. kita ni adalah lepasan jajahan British.  jadi kemungkinan hukuman2 untuk penjenayah Malaysia ni mengikut standart hukuman barat. penjara je. jadi masalahnya, macam mana kita nak laksanakan hukum hudud pada mase skarg nih? tak kan la kite nak tangkap balik bekas2 penjenayah dah laksanakan hukuman hudud terhadap mereka? dah bagi yg baru membuat kesalahan jenayah, mungkin mereka rase x puas hati sebab penjenayah2 dahulu tak kene pon. dan bagi yg sedang duduk dalam penjara, xkan la kita nak potong tgn die, dah la kena penjara 4 thn, pastu nak2 bebas tu kena potong tangan. mcm x adil la kan.

Jadi aku ade beberapa pendapat tentang mcm mana nak laksanakan hukum hudud ni di Malaysia. pada pendapat aku, mule2 skali, Kerajaan perlu mengeluarkan notis pengampunan kepada bekas2 banduan. InsyaAllah mereka mungkin akan insaf. dan bagi yang sedang merempat dalam penjara, laksanakan lah hukum penjara tu dahulu dan dikenakan hukuman penjara sahaja. dan, bagi yg penjenayah baru, cepat2 laksanakan hukum hudud sekarang. sape2 yg baru mencuri, potong tangan dia! sape2 yg membunuh, bunuh dia! sape2 yg merompak, potong tangan dan kaki dia! sape2 yg berzina, rejam dan sebat dia! dengan ini, amanlah negara Malaysia dari masalah sosial. kalau org cakap kesian kat org mencuri tu tangan die kena potong, dah anda pikir lah, x kan la kita nak ambik org mencuri jadi pegawai bank? jadi renung2 kan. pikir lah kenapa Allah buat semua ni untuk kita.

dan 1 lagi masalah kita. kita terdiri daripada rakyat yg berbilang kaum dan agama. mungkin ade sesetengah pihak membantah hukum hudud sebab x da dalam agama mereka. jika begitu, laksanakan lah hukuman hudud kepada org Islam sahaja. dan bagi sape2 org bukan Islam yg xnk kena hukum hudud, kita laksanakan hukum buang negara. xpon laksanakan hukuman yg lagi berat dari hukuman akta sekarang. contohnya kalau merompak bagi org kafir, sebat 50 kali, penjara 20 tahun, dan iktiraf muflis. dan bagi yg org Islam yg takut dengan hukum hudud, dan cepat2 nak tukar agama sebab takut dengan hukum hudud, maka mereka lah org paling bodoh sebab hukuman org murtad ialah bunuh. dah la x sempat bertaubat, mati dalam kafir plak tu. anda renung2 kan.

so itu sahaja pendapat aku. aku harap Malaysia perlu melaksankan hukum hudud dengan segera. nanti kita semua berdosa sebab mengabaikan hukum Allah. dalam entry ni, xde nak kaitkan dengan kerajaan atau politik. hanya pendapat aku yg boleh dikira logik. sekian

hukuman potong tangan bagi pencuri

Wednesday, 19 October 2011

#Theory 18 ( Mana lagi penting, Duit atau Cinta )

Salam sejahtera semua. apa khabar? harap baik2 belaka. harini aku nak bgtau pasal theory aku pasal Duit dan Cinta. agak2 korang lah, mana lagi penting? Duit atau Cinta? ya, aku tau dah jawapan korg mesti cinta, sebab duit bukan segala-galanya. sama lah dengan pendapat aku. aku lagi pilih cinta daripada duit. tapi mungkin x ramai org tahu yg duit dan cinta ni berkait antara satu sama lain.

Okay aku nak tanya korg, bagi yg perempuan. jika suatu hari nanti, apabila kekasih kita ingin melamar kita, tapi die tidak bekerja dan malas bekerja. xde duit. korang nak ke x? mampukan die nak tanggung kamu? mampukan die nak jaga anak2 korang? Untuk pengetahuan korg, seorang suami bukan setakat seorang teman, die juga mereka yg meringankan beban dan membawa kita ke pintu syurga. tapi kalau malas kerja? nak cari mana duit nak ringankan beban isteri? jadi renung2 kan lah. jika mahu memilih suami, carilah suami yg mampu. terimalah die walaupun die kerja gaji x seberapa asalkan die berusaha mencari rezeki dan rajin bekerja. jangan cari yg malas bekerja, sebab deorg xde rase pon nak ringankan beban korg. jadi di sini faktor duit menjadi satu kontroversi. jadi atas pilihan masing2. tapi aku, aku belajar bersungguh2, aku nak berjaya, aku nak kerja x kisah gaji berapa pon asalkan duit aku tu mampu nak tanggung bakal bini aku nanti. aku x nak family aku nanti kebulur. walaubagaimana pon, rezeki Allah yg bagi. kalau lah suami tu berkerja keras tapi gaji x lumayan, terimalah die seadanya, sedarlah si suami tu kerja keras demi kamu wahai perempuan.

bagi perempuan plak xpe lah, sebab lelaki memg x memilih pompuan berdasarkan hartanya. tapi lelaki tengok pada wajah, perangai dan akhlaknya. sebab memg tanggungjawab si suami cari rezeki untuk keluarga. ada juga si isteri yg bekerja bagi meringankan beban suami, tu isteri yg btol2 baik. ya, lelaki memg x tengok pada harta perempuan. lelaki yg gilakan harta perempuan tu, marilah sama2 kita sepak atas muka die, x gentleman lansung.

memg duit bukan faktor percintaan, tapi duit juga ada memainkan peranan dalam cinta. kalau xda duit, family nak makan apa? makan pasir? jadi disini, duit menjadi satu keperluan. Jadi sape2 yg malas kerja cari duit tu, x payah la nak menggatal nak kawin. cermin diri la dulu. kita hidup perlu usaha, xpayah malas2, rugi. sebab tu kadang2 kita tengok lelaki huduh, muka mcm roti canai, tapi awek cun. haaa, tengok la poket die, tebal ngan duit. die lelaki sejati mampu usaha sungguh2 mencari rezeki demi nak jaga awek die. so konklusinya, mari sama2 kita berusaha demi nak khawin nnt. moto aku harini "Malas usaha, awek tak berkualiti "

Tuesday, 18 October 2011

#Theory 17 (Kenapa Orang Melayu Sukar untuk maju )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. sudah lama aku x update blog ni. sebab xtau nk tulis apa kt blog n xde mase nk main2 blog nih. okay topik aku kali ini pasal Orang Melayu. yes aku pon orang Melayu. aku tulis entry ni bukan sebab nk menjatuhkan kaum aku sendiri. tp aku tulis sbb kalau boleh, nak sedarkan sesama kite.

1st skali, aku sokong dr Mahathir kita, yg cakap Melayu mudah lupa. Melayu dilemma. yes, memg betol kita mudah lupa siapa kita sebenarnya. pada zaman dahulu, kita ialah kaum yg disanjungi. kaum yg mempunyai setuja adat dan penuh sopan santun. anak2 Melayu zaman dahulu tabah menjadi panglima dan sanggup menggadai hidup menjadi pejuang kepada negara demi memajukan kaun Melayu. Gadis2 Melayu pula semua sopan santun dan taat kepada ibu bapa mereka. ya, itu kita yg dulu. sungguh mulia kita sehingga disanjung tinggi oleh kaum2 lain.

Tapi cuba kita lihat pada zaman sekarang. aku sedih tengok mat-mat rempit dok main2 motor tepi2 jalan membazir masa dan membahayakan diri sendiri serta org lain. kalau sorg naik suzuki hayabusa, yamaha r1 atau ducati xpe la, ni stakat motor2 murah je 125, ex5, rxz. buat malu je hidup kalau deorang racing mati naik motor2 mcm tu. kalau mati naik motor ducati aku tabik la jugak. tolonglah anak2 Melayu. tolong la, cukup la dengan main2 motor atau racing2 kereta. bazir masa semua tu. lebih baik kita simpan duit, belajar bersungguh2 dan suatu hari nanti, dapat kerja yg menjana pendapatan yg cukup untuk bg kt ibu bapa dan keluarga. macam negara england, deorg xpandang pon kalau mat2 rempit dok willi2 motor sebab bg deorg pon nampak mcm bodo n penuh lagak. itulah sesetengah Melayu. malu aku malu.

cuba lihat dalam pusat serenti. hmmm. Ya Allah aku sungguh sedih sebab mejoritinya orang Melayu. kenapa deorg ambik bende2 mcm tu? kenapaaaa? lebih baik duit tu kite simpan buat Haji atau beli burger, ade jugak la faedahnya drpd dok beli dadah haram tu. hmm. kita tengok org cina, deorg amalkan hidup sihat, x main dadah semua sebab tu mentality die bagus n maju dari kite. Oh Melayu. aku sedih. aku malu.

satu lagi sy perasan dengan sikap org Melayu. deorg mempunyai sifat hasrat dengki. xleh tengok org senang. banyak skarg kes2 bomoh n santau disebabkan oleh cemburu buat sesama Melayu. kalau ade syarikat dah mule maju, mule lah nak ngate kt belakang, buat cerite buruk, sabotaj. bukannya nak tolong memajukan ekonomi sendiri.

walaubagaimana pon, aku tetap bangga jadi anak melayu dan akan berusaha sungguh2 nk ubah nasib kita. aku respect anak2 Melayu yg berjaya. Alhamdulillah. ayuhlah kita ubah mindset kita. jadi la satu kaum yg bijak dan maju serta beriman. InsyaAllah