Thursday, 20 October 2011

#Theory 19 ( Malaysia dan hukum Hudud )


Hukum hudud. tahukah anda ape itu hukum hudud? kalau org islam mesti sudah tahu tentang hukum hudud ni. walaubagaimana pon, aku nak terangkan jugak pasal hukum hudud ni. Hukum hudud ni adalah hukum penjenayah Islam. hukum hudud ni peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. Jelas sekali, hukum hudud ni hukum Allah.

Hukum-hukum hudud:

(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang. maksudnya hukuman2 untuk penjenayah Islam ni tidak boleh di ubah sesuka hati. untuk maklumat lanjut, pergi ke laman web ni http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Jadi disini, kita negara Malaysia adalah negara Islam. agama rasmi negara ini adalah agama Islam. jadi semua org perlu menghormati agama rasmi negara sebagai tanda hormat bagi agama2 lain. Tapi kenapa kita tidak melaksanakan hukum hudud. sedangkan mejoriti org disini ialah org Islam. kenapa? aku ada beberapa pendapat mengenai isu ini.

pada pendapat aku la, kerajaan Malaysia hari ini tidak melaksanakan hukum hudud disebabkan pade mase dulu, kita tidak melaksanakan hukum hudud selepas membina negara ini. kita ni adalah lepasan jajahan British.  jadi kemungkinan hukuman2 untuk penjenayah Malaysia ni mengikut standart hukuman barat. penjara je. jadi masalahnya, macam mana kita nak laksanakan hukum hudud pada mase skarg nih? tak kan la kite nak tangkap balik bekas2 penjenayah dah laksanakan hukuman hudud terhadap mereka? dah bagi yg baru membuat kesalahan jenayah, mungkin mereka rase x puas hati sebab penjenayah2 dahulu tak kene pon. dan bagi yg sedang duduk dalam penjara, xkan la kita nak potong tgn die, dah la kena penjara 4 thn, pastu nak2 bebas tu kena potong tangan. mcm x adil la kan.

Jadi aku ade beberapa pendapat tentang mcm mana nak laksanakan hukum hudud ni di Malaysia. pada pendapat aku, mule2 skali, Kerajaan perlu mengeluarkan notis pengampunan kepada bekas2 banduan. InsyaAllah mereka mungkin akan insaf. dan bagi yang sedang merempat dalam penjara, laksanakan lah hukum penjara tu dahulu dan dikenakan hukuman penjara sahaja. dan, bagi yg penjenayah baru, cepat2 laksanakan hukum hudud sekarang. sape2 yg baru mencuri, potong tangan dia! sape2 yg membunuh, bunuh dia! sape2 yg merompak, potong tangan dan kaki dia! sape2 yg berzina, rejam dan sebat dia! dengan ini, amanlah negara Malaysia dari masalah sosial. kalau org cakap kesian kat org mencuri tu tangan die kena potong, dah anda pikir lah, x kan la kita nak ambik org mencuri jadi pegawai bank? jadi renung2 kan. pikir lah kenapa Allah buat semua ni untuk kita.

dan 1 lagi masalah kita. kita terdiri daripada rakyat yg berbilang kaum dan agama. mungkin ade sesetengah pihak membantah hukum hudud sebab x da dalam agama mereka. jika begitu, laksanakan lah hukuman hudud kepada org Islam sahaja. dan bagi sape2 org bukan Islam yg xnk kena hukum hudud, kita laksanakan hukum buang negara. xpon laksanakan hukuman yg lagi berat dari hukuman akta sekarang. contohnya kalau merompak bagi org kafir, sebat 50 kali, penjara 20 tahun, dan iktiraf muflis. dan bagi yg org Islam yg takut dengan hukum hudud, dan cepat2 nak tukar agama sebab takut dengan hukum hudud, maka mereka lah org paling bodoh sebab hukuman org murtad ialah bunuh. dah la x sempat bertaubat, mati dalam kafir plak tu. anda renung2 kan.

so itu sahaja pendapat aku. aku harap Malaysia perlu melaksankan hukum hudud dengan segera. nanti kita semua berdosa sebab mengabaikan hukum Allah. dalam entry ni, xde nak kaitkan dengan kerajaan atau politik. hanya pendapat aku yg boleh dikira logik. sekian

hukuman potong tangan bagi pencuri

No comments:

Post a Comment