Monday, 24 October 2011

#Theory 21 ( 5 tanda lelaki mula hilang kasih sayang kepada kekasihnya )

Salam sejahtera. theory aku pada malam ini ialah beberapa tanda2 lelaki yg sudah mula hilang kasih sayang kepada kekasihnya. setelah membuat beberapa kajian, aku telah dpt mengumpul beberapa theory tanda2 lelaki mula hilang kasih sayang nya. theory ini hanya pandangan sahaja.

1. Seseorang lelaki mula melayan perempuan lain lebih daripada biasa
contoh daripada pendapat no1 ni, si lelaki mula melayan perempuan2 lain dengan mesra dan rapat drpd biasa. kemesraan si lelaki dengan perempuan2 lain dapat dilihat dengan secara terbuka contohnya tengah lepak skali ke. jadi kemungkinan si lelaki sedang menuju ke arah curang kepada kekasihnya. tp aku rasa yg paling bahaya ialah apabila kemesraan lelaki tu nampak lebih kepada seseorg perempuan. mungkin boleh dikatogerikan sbgai scandal juga.

2. Seseorang lelaki mula tidak rasa cemburu
yg, perasaan cemburu sbnrnya sifat lelaki. kenapa sifat lelaki? sebab dalam islam, lelaki boleh kawin 4. maknanya si isteri x sepatutnya cemburu kerana suaminya melakukan sunnah dan penyebaran dakwah. apabila seseorg lelaki itu mula tidak cemburu dengan kekasihnya, contohnya kekasihnya sedang ber sms dengan lelaki lain, keluar lepak dengan lelaki lain, mungkin lelaki itu sudah kurg kasih sygnya dan ingin mencari perempuan lain. dia tidak hirau pon kekasihnya nak bermesra dengan lelaki sebab dlm kepala die sudah malas nak pikir and mungkin sudah ada terbayang wajah kekasih baru

3. Seseorang lelaki mula marah dalam tempoh yg panjang
memg marah tu selalu terjadi dalam satu hubungan. tetapi kalau marah itu berpanjangan, itu mungkin lelaki itu sudah tidak syg kepada kekasihnya. sebab bagi aku, aku x sanggup nak marah kekasih aku ( xde awek pon sebenarnya. haha ) lebih daripada 2 jam. sebab aku syg kt die x sanggup tngk die sedih aku marah die. kalau yg jenis keras kepala nak marah balik tu, mungkin akan menyebabkan kemarahan itu berpanjangan dan hilang kasih syg. jadi seseorg lelaki itu haruslah cuba untuk bersabar.

4. Seseorang lelaki mula ingin kahwin lewat atas alasan tertentu
ini contohnya, si lelaki pada asalnya ingin kawin pada umur 24, tapi bile dah smpai umur 22, die ckp nk kawin umur 30 pulak kat kekasihnya. jadi hal ini ada 2 kemungkinan myb sebab masalah ekonomi atau si lelaki belum bersedia kerana die tak tahu die syg ke tak kepada kekasihnya atau mungkin ada pilihan kedua. Tapi aku pon cakap kt future wife aku, aku nak kawin lewat. sebenarnya bukan aku nak kawin lewat, tapi aku ni ego dan nk bg nmpk macho x nk kawin awal. sebenarnya, kalau boleh aku nak kawin slalu, tapi ekonomi x mengizinkan. haha.

5. Seseorang lelaki mula menjauhkan diri daripada kekasihnya
aku rase semua org tau pasal ni jadi aku malas nak ulas. contoh2 lelaki nk menjauhkan diri ni contohnya msg x balas, call x angkat, kalau jumpe pon sekejap je, balas msg pon pendek2. jadi mungkin si lelaki ni sudah fade up dengan perangai kekasih atau sudah ada kekasih gelap.

jadi itu sahaja pandangan aku setelah lepak2 bersama kawan tanya deorg pasal ni. aku hanya tau bahagia lelaki sebab aku lelaki. pompuan x tau la. walaubagaimana pon, aku doakan semoga semua org bahagia. amin.

No comments:

Post a Comment