Wednesday, 22 February 2012

#Theory 23 ( Perasaan takut )

Assalamualaikum semua. lame dah aku x update blog. kali ni aku nak luah kan apa yg terbuku dalam hati aku yg membuatkan aku takut bila benda2 ni terlintas dalam hati aku. aku tak nak karang panjang2, aku cume bg point2 je senang aku nak bace balik. kalau tulis panjang2 bukan org bace pon. huhu

Ya Allah, aku takut kepadaMu
Ya Allah, aku takut akan seksa dan neraka mu 
Ya Allah, aku takut akan kematian
Ya Allah, aku takut akan dosa-dosa lampau ku
Ya Allah, aku takut akan manusia sekeliling yg jahat dan kejam
Ya Allah, aku takut akan gangguan dan godaan syaitan
Ya Allah, aku takut akan apa yg berlaku terhadap negara-negara Islam yg dalam kesusahan dan perperangan


Ya Allah, aku takut jika jalan yg aku pilih ni adalah jalan yg salah
Ya Allah, aku takut jika kegagalan menimpa ku
Ya Allah, aku takut jika aku dilanda kemiskinan dan kesusahan hidup
Ya Allah, aku takut jika org yg aku syg akan meninggalkan ku selamanya
Ya Allah, aku takut jika aku tidak mampu membuat org tuaku gembira


Ya Allah, aku takut kalau kaumku ditindas
Ya Allah, aku takut kalau kawan-kawanku sesat atau meninggalkan ku
Ya Allah, aku takut kalau ada perbuatan ku yg menyakiti hati org sekelilingku
Ya Allah, aku takut kalau negaraku kucar kacir atau dalam perperangan 


ya, itu la aku aku takut. tipu la kalau ade org yg 100% berani skarang ni. mesti ade jgk kn perasaan takut tu. perasaan takut ni memg ada pada smua manusia. dah memg lumrah die. sebab apa manusia ni penakot? kalau korg x caya korg gi la terjun dalam sangkar buaya. 


tetapi perasaan takut ni boleh dikurangkan dengan cara masing2. bg kita umat islam, untuk kurangkan rasa takut kita kena berdoa kepada Allah dan hadapi semua ni dengan redha. ingat Allah selalu bersama kita. kalau aku takut, aku bace doa ni je dalam bahasa Melayu dan doa sendiri


"Ya Allah ya tuhanku, kau teguhkan lah iman dan semangat ku untuk hadapi segala kesusahan dan ketakutan yg menimpa diriku. jadikan lah aku seorang yg berani dan redha menghadapi segala ujian mu. dan kepada Mu ya Allah aku berharap. "


Tapi kita kena ingt. Dalam dunia ni kita kena takut dengan 1 je iaitu Allah subhanahu wa ta'ala